ARTIKEL

TERBALIK... Kenderaan yang terbalik selepas terlibat kemalangan kendiri di Debak, hari ini.

Berdepan detik cemas, kereta dipandu terbalik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEBAK: Pemandu terselamat selepas kenderaan yang dinaikinya terbabas, lalu terbalik di hadapan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Debak, hari ini.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Betong Kapten Siti Huzaimah Ibrahim, insiden yang berlaku kira-kira 8.13 pagi disedari salah seorang anggota.

“Beliau melihat kereta proton Iswara itu dipandu secara perlahan-lahan sebelum terbabas dan terbalik,” katanya kepada media, semalam.

Memandangkan kemalangan berlaku di hadapan PKOD APM katanya, anggota yang berada di situ terus bergegas untuk memberi bantuan.

“Kita bertindak mengeluarkan pemandu dan didapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.

Tambah Huzaimah, anggota APM dan orang awam yang berada di situ membantu mengalihkan kenderaan ke tepi jalan.

Beliau mengingatkan masyarakat di Debak yang mempunyai sebarang kes kecemasan untuk menghubungi talian 083-464553 (PKOD DEBAK) atau talian kecemasan 999.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,