ARTIKEL

Gambar hiasan

Bergaduh sesama sendiri, suami isteri diperintah bon jaga keamanan 6 bulan 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sepasang suami isteri diperintahkan bon menjaga keamanan selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana bergaduh sesama sendiri dalam satu kejadian di rumah sewa mereka, 21 Januari lalu.

Rahmat, 28, bekerja sebagai pemandu lori dan Siti Kamaria, 35, merupakan suri rumah masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah.

Mengikut fakta kes, pada 21 Januari lalu, sekitar 10.30 pagi, di kediaman rumah sewa mereka di sebuah pangsapuri, pengadu (isteri) telah ditampar oleh suaminya di bahagian muka.

Akibat kejadian tersebut, pengadu mengalami sakit di bahagian mata, pipi dan perut.

Laporan polis dibuat oleh pengadu untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati kedua-dua mereka masih suami isteri yang sah dan laporan kesihatan mendapati kecederaan yang dialami pengadu adalah bukan daripada kejadian terbabit.

Punca kejadian disebabkan oleh provokasi oleh isteri terhadap suami yang turut disaksikan oleh ibu saudara pengadu.

Difahamkan, kejadian berlaku kerana suami menyuruh isteri melakukan pemeriksaan kesihatan ke klinik.

Oleh itu, sebagai langkah pencegahan kejadian berulang, Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali memerintahkan kedua-dua mereka bon menjaga keamanan selama enam bulan dengan jaminan RM100.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Ammarsoffi Yusoff manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,