ARTIKEL

BARU BIAN

Beri peluang kepada kontraktor tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kontraktor utama digesa memberi peluang penyertaan yang adil dan bermakna kepada kontraktor tempatan dalam pelaksanaan projek-projek besar di Ba’Kelalan pada masa hadapan.

ADUN Ba’Kelalan, Baru Bian berkata, dalam fasa kedua projek Jalan Penghubung Sarawak-Sabah (SSLR) yang sedang dilaksanakan khususnya melibatkan Pakej 3 dan 4B, kontraktor tempatan hanya dilibatkan pada peringkat subkontrak keempat dan kelima.

Pada peringkat tersebut menurutnya, margin keuntungan amat kecil dan dalam sesetengah keadaan langsung tiada.

“Akibatnya, ramai kontraktor tempatan menghadapi masalah kewangan dan ada yang gagal sepenuhnya kerana kerja yang diberikan kepada mereka sudah tidak lagi berdaya maju dari segi ekonomi.

“Saya menggesa menteri berkenaan agar mengingatkan kontraktor utama supaya memberikan peluang penyertaan yang adil dan bermakna kepada kontraktor tempatan, bukan sahaja dalam projek SSLR ini, tetapi juga melibatkan projek-projek besar lain yang akan dilaksanakan di kawasan saya pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata dalam usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Jelasnya, projek infrastruktur berskala besar seperti ini bukan sahaja bertujuan memberi manfaat kepada negeri secara keseluruhan, tetapi mewujudkan peluang ekonomi kepada masyarakat tempatan.

“Malangnya, ramai kontraktor tempatan merasakan mereka diketepikan daripada manfaat sebenar projek-projek ini, sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan,” ujarnya.

Dalam perkembangan berasingan, Baru berharap Lawas dinaik taraf sebagai bahagian baharu di Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU