ARTIKEL

Berita baik untuk rakyat Sarawak, bazar Ramadan boleh beroperasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bazar Ramadan dibenarkan beroperasi sepanjang bulan Ramadan tahun ini, kata Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak itu berkata, pengoperasian Bazar Ramadan dibenarkan bermula 12 April hingga 12 Mei ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Premis berkaitan perlu mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) sebelum memulakan operasi mereka.

“Semua pekerja dan pengusaha mesti telah menjalani ujian calitan untuk RT-PCR dan keputusan Covid-19 mereka adalah negatif sebelum memulakan operasi,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri menegaskan, pemeriksaan berkala akan dilaksanakan untuk memastikan SOP sentiasa dipatuhi.

“SOP boleh diperolehi dari laman web Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan di laman sesawang http://mlgh.sarawak.gov.my,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU