KUCHING: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam satu kenyataan di Facebook hari ini mengumumkan Geran Agropreneur Muda.
Geran tersebut merupakan bantuan kepada golongan muda berumur 18 hingga 40 tahun yang terlibat dalam bidang pertanian iaitu tanaman, ternakan, perikanan dan industri asas tani.
Menariknya geran ini merupakan bantuan dalam bentuk barangan (in-kind) dan tidak perlu dibayar balik dengan nilai maksimum sehingga RM20,000.
Mereka yang layak memohon hendaklah berumur 18 hingga 40 tahun.
Permohonan dibuka sepanjang tahun.


