ARTIKEL

Gambar Hiasan

Beroperasi Lebih Masa, Pemilik Pusat Hiburan Didenda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pemilik pusat hiburan dijatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana menjalankan operasi pusat hiburan melebihi masa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Lai Tzin Khoon, 31, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melanggar Peraturan 24 di bawah Undang-Undang Hiburan 2001 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 28 Undang-Undang yang sama.

Dia didakwa kerana premis hiburan miliknya beroperasi lebih masa seperti yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Kesalahan tersebut dilakukan di sebuah premis di Jalan Canna, sekitar 9.15 pagi, 28 November lepas.

Sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, pengadu merupakan anggota polis membuat serbuan Op Noda Pusat Hiburan dan memeriksa sebuah premis di Jalan Canna.

Setiba di premis tersebut, pengadu mendapati muzik disko dipasang dengan kuat sehingga dapat didengar dari luar premis.

Pengadu mengarahkan DJ untuk menghentikan muzik tersebut dan membuka semua lampu.

Hasil pemeriksaan mendapati premis terbabit memiliki lesen hiburan dan beroperasi lebih masa.

Siasatan lanjut mendedahkan tertuduh merupakan pemilik premis mempunyai kawalan penuh dalam pengurusan dan aktiviti yang berlangsung di premisnya.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aidil Akmal Sharidan. Manakala, tertuduh diwakili seorang peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU