ARTIKEL

Bersatu tetap kekal dalam PN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA: Bersatu menegaskan akan terus kekal sebagai komponen Perikatan Nasional (PN) dan menggunakan logo gabungan itu pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Presidennya, Muhyiddin Yassin berkata tiada pihak boleh menyingkirkan Bersatu daripada PN secara unilateral kerana sebarang keputusan perlu mematuhi peruntukan perlembagaan gabungan itu.

Beliau berkata perkara berkenaan memerlukan persetujuan bersama semua parti komponen.

Muhyiddin turut memaklumkan Bersatu bersedia berdepan PAS pada PRN berkenaan sekiranya usaha memulihkan hubungan kedua-dua parti gagal.

Menurutnya, Bersatu juga masih menunggu mesyuarat agihan kerusi PN dan akan mengumumkan senarai calon PRN Johor dalam masa terdekat seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU