ARTIKEL

BERSENAM 10 MINIT SEHARI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Jika anda berusaha mencari cara mudah untuk kekal sihat walaupun sentiasa sibuk dengan komitmen harian, cuba amalkan 10 minit senaman setiap hari.

Lupakan masalah terpaksa menukar pakaian bersenam yang sesuai, sukar ke gimnasium waktu tambahan untuk membersihkan diri selepas bersenam. 

Sebaliknya, anda hanya perlu cari waktu 10 minit setiap hari untuk melakukan aktiviti fizikal.

Perkara ini ternyata dapat memberikan perubahan ketara. 

 Jika kebanyakan kita hanya menambah 10 minit waktu tambahan untuk melakukan aktiviti fizikal intensiti sederhana dan berat setiap hari, kadar kematian tahunan dapat dikurangkan lebih 110,000 berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Jama Internal Medicine pada 2022. 

Kajian tersebut menggunakan accelerometer, yang juga dikenali bagai peranti penjejak aktiviti yang digunakan untuk membuat anggaran seberapa banyak aktiviti fizikal diperlukan untuk mencegah kematian. 

 Anda hanya perlu memanfatkan masa 10 minit untuk bergerak aktif dari 24 jam yang ada untuk mendapatkan manfaat kesihatan. 

Jika matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda berkemungkinan hanya perlu meningkatkan kadar intensiti aktiviti fizikal yang dilakukan dan menjaga tabiat makanan seharian. 

Apabila, amalan 10 minit senaman setiap hari dapat dilaksanakan dengan lancar, anda boleh menambah 5 ke 10 minit tambahan setiap sesi. 

Tanpa disedari, pasti anda dapat bersenam secara konsisten setiap hari tanpa mengganggu jadual dan komitmen harian yang lain. 

10 MINIT SENAMAN PAGI DI RUMAH 

Ambil masa 10 minit pertama selepas bangun pagi setiap hari.

Ketika ini, kebanyakan kita masih mempunyai masa lapang untuk diri sendiri. 

Tambahan pula, orang rumah kita, anak-anak atau pasangan masih lagi tidur. 

Jika mereka memerlukan komitmen anda setiap pagi, maklumkan mereka untuk tunggu seketika hanya 10 minit sebelum kemahuan mereka dipenuhi. 

Mungkin mereka boleh melakukan perkara yang dikehendaki sendiri seperti menyediakan sarapan tanpa bantuan anda. 

Malah, mereka juga boleh turut serta mengikuti sesi senaman mini tersebut. 

10 MINIT SENAMAN TENGAH HARI 

Jika anda berada di rumah pada waktu tengah hari, rancang 10 minit sesi senaman pada sekitar waktu makan tengah hari ketika anak-anak tengah rehat atau tidur. 

Manakala, untuk yang bekerja di luar, guna masa 10 minit ketika waktu rehat tengah hari untuk sesi berjalan atau bersenam. 

Sediakan snek makanan yang sihat untuk dimakan di meja bekerja sebelum atau selepas senaman. 

Jangan lupa untuk minum air secukupnya untuk mengelak dehidrasi. 

10 MINIT SENAMAN PETANG DI RUMAH 

Ambil masa 10 minit untuk sesi senaman petang di rumah ketika menyediakan makan malam di dapur, selepas makan malam atau ketika anak-anak tidur pada waktu malam. 

Walaupun waktu lapang agak terhad kerana kerja rumah, tugasan harian dan tanggungjawab keluarga, hanya 10 minit daripada waktu anda untuk penjagaan kesihatan diri diperlukan dari 1,440 minit yang ada setiap hari. 

 Umum mengetahui aktiviti fizikal penting untuk kehidupan yang sihat dan berkualiti. 

Senaman dapat membantu mengurangkan risiko menghidap penyakit kronik dan mengelak kematian awal. 

Orang dewasa dianjurkan bersenam dalam kadar intensiti sederhana sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. 

 Kebanyakan kita, 150 minit seminggu, secara realitinya sebanyak 30 minit dalam lima sesi seminggu adalah cabaran yang sukar. 

Kajian menganggarkan pada 2020, sebanyak 25 peratus daripada populasi setempat tidak bergerak aktif secara fizikal. 

Manakala, kajian pada 2022 menjelaskan untuk mengurangkan kadar kematian awal, 10 minit senaman setiap hari memadai untuk penjagaan kesihatan. 

RUTIN YANG SIHAT DAN BERMAKNA 

Tabiat yang sihat dapat dipupuk dalam kehidupan seharian apabila kita tahu bagaimana mengekalkan rutin tersebut dan berminat melakukannya dengan penuh semangat. 

Semangat tersebut hanya dapat diperoleh jika kita pasti akan tujuan melakukan perkara tersebut.

Dalam erti kata lain, jadikan rutin tersebut bermakna dan memberi kesan berfaedah. 

Contohnya, jika anda terbiasa dengan rutin bangun pagi seawal jam 6 dan sarapan pada 7 pagi, tetapkan matlamat untuk bersenam selama 10 minit di antara waktu bangun dengan waktu sarapan. 

Anda boleh juga melakukan aktiviti fizikal bersesuaian dengan keadaan sekeliling dan di tempat yang berbeza tanpa perlu mengikut rutin terhad senaman tertentu sahaja. 

Jika anda hendak membeli barangan dapur di pasar, boleh letakkan kenderaan jauh sedikit dari destinasi untuk mengambil kesempatan berjalan selama 10 minit sebelum membeli barangan. 

Pilih untuk naik tangga walaupun terdapatnya pilihan lif dan eskalator. 

Lakukan aktiviti rekreasi seperti berkebun pada waktu lapang atau waktu rehat tengah hari jika anda bekerja dari rumah, mahupun ketika pulang dari kerja. 

Ketika menonton televisyen, boleh sahaja anda menaiki basikal statik di rumah. 

Apa pun jua yang anda lakukan, gunakan masa 10 minit spesifik untuk aktiviti fizikal. 

Apabila anda terbiasa dengan tabiat sihat 10 minit ini, ia menjadi rutin yang senang diamalkan setiap hari.

BERITA LAIN

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan