ARTIKEL

Lai (lima kiri) dan Lee (lima kanan) melakukan simbolik pelancaran Bus Asia Double Deck (dua tingkat) dan BA Logistics Prime Mover sambil disaksikan tetamu kehormat lain.

Biaramas Express guna hidrogen tahun depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Syarikat pengangkutan bas, Biaramas Express Sdn Bhd sedang dalam usaha menukarkan penggunaan diesel kepada hidrogen dalam enjin kenderaan mereka pada tahun depan.

Pengurus Biaramas Express Sdn Bhd, Lai Sin Kiong berkata inisiatif itu akan dilaksanakan dengan kerjasama syarikat Kumpulan KIS.

“Kami berharap dengan penggunaan hidrogen yang selaras dengan hala tuju Premier (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg), Sarawak akan menjadi wilayah yang paling sihat didiami dari segi kesegaran udara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Bus Asia Double Deck (dua tingkat) dan BA Logistics Prime Mover yang disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Lai berkata pihaknya juga bersedia untuk menambah perkhidmatan di bawah Program Tambang Bas Kadar Rata RM1 ke laluan-laluan yang strategik pada masa akan datang.

Katanya ia kerana program subsidi itu telah mendapat maklum balas yang amat positif daripada golongan yang memerlukan perkhidmatan itu terutama warga emas yang tidak mempunyai pengangkutan dan perlu pergi ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan kesihatan setiap bulan.

Tambahnya perkhidmatan itu juga membolehkan golongan berkenaan keluar pergi ke pasar untuk berjalan-jalan, membeli belah dan sebagainya tanpa seperti dahulu dengan hanya duduk di rumah menonton televisyen saja.

Beliau berkata ia secara tidak langsung dapat meningkatkan keselesaan hati yang dapat mengurangkan kelemahan mental dan fizikal golongan warga emas.

“Kami berharap program subsidi ini boleh dilanjutkan dan kami akan meminta laluan-laluan yang strategik seperti Bandar Semariang, Buntal-Santubong, Telaga Air, Jalan Puncak Borneo, Bau dan lain-lain pada masa akan datang,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium