ARTIKEL

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli (tengah) melancarkan no pendaftaran istimewa siri H pada sidang akhbar Majlis Interaksi Bersama Media sempena Hari Malaysia di Presint Merdeka 118. | Bernama

Bidaan nombor pendaftaran siri H sempena Hari Malaysia dibuka Rabu ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bidaan bagi nombor pendaftaran kenderaan istimewa siri H sempena sambutan Hari Malaysia akan dibuka bermula Rabu ini sehingga 20 September dengan menawarkan angka 1 hingga 9999.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli menyatakan bahawa orang ramai boleh membuat bidaan melalui aplikasi JPJeBid dan keputusan rasmi akan diumumkan pada 21 September.

Beliau menjelaskan bahawa siri H merupakan huruf tunggal terakhir yang ditawarkan oleh JPJ dan ia melambangkan keharmonian bersempena dengan sambutan Hari Malaysia.

Menurut Aedy Fadly, orang ramai digesa untuk merebut peluang tersebut kerana pihak JPJ tidak akan lagi menawarkan huruf tunggal bagi siri pendaftaran kenderaan selepas ini.

Beliau turut menegaskan bahawa penggunaan huruf H bagi siri istimewa ini berbeza daripada pendaftaran teksi kerana kenderaan awam tersebut perlu diiringi dengan huruf pendaftaran negeri masing-masing seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU