ARTIKEL

Bidang teknikal tawar gaji lumayan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak memberikan latihan teknikal kepada rakyat melalui penubuhan pusat kecemerlangan teknikal bagi tujuan meningkatkan pendapatan keluarga.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, kerajaan menyediakan latihan teknikal bukan sahaja untuk menyediakan sumber manusia berkebolehan, tetapi meningkatkan sumber pendapatan golongan berpendapatan rendah.

“Perkara itu membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui peningkatan kemudahan asas tersebut,” kata Kui Hian juga Adun Batu Kawah.

Beliau berkata demikian pada program Ekspedisi Jawatankuasa CENTEXS dan State Multimedia Authority (SMA) 2019 di Dewan Kampung Sinar Budi Baru Batu Kawa.

“Kerajaan Sarawak terus mempromosi pendidikan vokasional selain memberikan biasiswa kepada pelajar melanjutkan pengajian.

“Kerajaan tidak akan mengabaikan pelajar tidak dapat meneruskan pengajian mereka,” ujarnya.

Tambah beliau, mereka akan diberikan kursus latihan vokasional jangka pendek dengan penubuhan pusat kecemerlangan teknikal.

Oleh itu, beliau berharap rakyat Sarawak boleh memahami peluang disedia dan ditawar kerajaan.

Di samping itu, Pusat Kecemerlangan Teknologi juga mengadakan Community Technology Outreach.Program (CTOP) melawat komuniti setempat dan mengajartentang cara penggunaan bahan asas masakan untuk laksa dan cara penggunaan telefon pintar.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

BERITA TERBARU