ARTIKEL

BERCAKAP… Irwan ketika ditemui pemberita.

Bina pusat latihan bertaraf tinggi di Samarahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyatakan sokongan penuh terhadap perancangan Gabungan Jurutera Perunding Bumiputera Sarawak (GJPBS) untuk membina sebuah pusat kecemerlangan latihan yang terletak di Kota Samarahan.

Beliau berkata inisiatif pembinaan pusat berkenaan penting dalam menyediakan latihan berterusan kepada ahli GJPBS, khususnya dalam meningkatkan ilmu, kemahiran serta penggunaan peralatan dan teknologi terkini.

“Kita menyokong segala perancangan GJPBS bukan sahaja dari aspek ilmu dan kemahiran, malah turut melibatkan keperluan peralatan serta teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pejabat Baharu dan Pusat Latihan Gabungan Jurutera Perunding Bumiputera Sarawak (GJPBS) di Pusat Komersial Riveredge, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi GJPBS Ir. Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie berkata pusat kecemerlangan berkenaan dijangka dapat dibina dalam tempoh tiga tahun akan datang di kawasan yang menempatkan kebanyakan persatuan dan pertubuhan profesional, iaitu di Pentagon Samarahan.

Menurutnya, kelulusan tapak hanya diperoleh daripada Jabatan Tanah dan Survei pada 2023, justeru masih terdapat beberapa proses yang perlu dilaksanakan termasuk penyediaan pelan lukisan serta penghantaran permohonan kepada Pihak Berkuasa Perancang Negeri (SPA).

“Selain itu, proses pelantikan kontraktor juga perlu melalui prosedur tender. Semua ini mengambil masa sebelum pusat kecemerlangan tersebut dapat dibina,” katanya.

Beliau menjelaskan pembinaan pusat itu merupakan satu permulaan yang baik bagi gabungan berkenaan, namun usaha berterusan perlu dilakukan untuk mengumpul dana bagi merealisasikan projek tersebut.

“Ini susulan perbincangan dan komitmen yang telah kami sampaikan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini, iaitu untuk menubuhkan pusat kecemerlangan latihan khusus bagi ahli gabungan,” katanya.

Fadillah (tengah) dan Irwan (tiga kanan) merakamkan gambar kenangan bersama-sama yang lain di pejabat baharu GJPBS.


Mengulas mengenai majlis perasmian itu, Irwan berkata pembukaan pejabat baharu dan pusat latihan tersebut mampu menjadi pusat tumpuan kepada ahli, pihak berkepentingan serta klien.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) turut menyumbangkan dana berjumlah RM50,000 bagi membantu penubuhan pejabat baharu berkenaan.

“Selain berfungsi sebagai pejabat urusan, ruang ini juga akan beroperasi sebagai pusat latihan bagi menganjurkan sesi libat urus serta latihan bersama profesional dalam industri.

“Antara latihan yang ditawarkan merangkumi aspek teknikal dan kemahiran berkaitan industri, termasuk bengkel Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) yang telah diadakan baru-baru ini,” katanya.

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali