ARTIKEL

Bina tiga jalan raya kurangkan kesesakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) bakal membina tiga jalan raya akses ke kawasan selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dengan kos berjumlah RM129 juta.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jien berkata, RM20 juta telah diperuntukkan untuk membina jalan tersebut melalui Jabatan Kerja Raya Malaysia kepada JKR Cawangan Sarawak.

“Pembinaan tiga jalan raya tersebut ialah membina jalan baharu empat lorong sepanjang 2.25 kilometer yang menghubungkan jalan utama kawasan Stutong ke jalan berdekatan Sungai Tapang.

“Turut dibina ialah dua buah jambatan konkrit merentasi Sungai Sangkoh dan Sungai Semengo.

“Manakala jalan kedua ialah menaik taraf jalan dua lorong dua hala yang sedia ada daripada piawaian R3 ke U5 mengikut ketetapan JKR sepanjang 4.54 kilometer,” katanya.

Jalan ketiga pula ialah, membina empat lorong kepada dua hala sepanjang 0.52 kilometer yang menghubungkan jalan kedua ke persimpangan utama Batu 7, Kota Sentosa dengan piawaian U5.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Ibu Pejabat DAP Jalan Padungan semalam.

Tambah beliau, projek akses jalan Lapangan Terbang ke jalan alternatif dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Batu 7, Batu 6 dan Batu 8.

“Projek ini harus diurus dengan cekap kerana peruntukan telah disediakan.

“Sekiranya tidak diuruskan dengan baik, maka peruntukan akan dikembalikan kepada KKR,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan tempoh pelaksanaan projek masih belum dapat dipastikan.

Katanya ia bergantung kepada kepantasan serta kecekapan pihak yang bertanggungjawab.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road