ARTIKEL

Ruslan menyampaikan televisyen Samsung Smart TV 75 inci kepada Sahari, disaksikan oleh jawatankuasa pengurusan Masjid Al-Amin Kuala Tatau.

Bintulu Port hulur sumbangan, perkukuh silaturahim di Kuala Tatau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) terus mengukuhkan hubungan dengan komuniti melalui Program Safari Ramadan di Masjid Al-Amin, Kuala Tatau, baru-baru ini.

Program ini, yang dianjurkan di bawah inisiatif Bintulu Port Prihatin, turut melibatkan Jawatankuasa Kebajikan Islam (JKI) BPHB dan Yayasan Bintulu Port.

Sebagai tanda sokongan kepada rumah ibadah setempat, BPHB menyumbangkan seunit televisyen Samsung Smart TV 75 inci kepada Masjid Al-Amin, dengan harapan ia dapat dimanfaatkan untuk pengajian dan kuliah agama.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB, Ruslan Abdul Ghani kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid, Sahari Man.

Program ini bukan sekadar menyampaikan sumbangan, tetapi turut menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah Islamiah dalam kalangan masyarakat setempat.

Selain menikmati juadah berbuka puasa bersama, majlis turut diserikan dengan tazkirah khas oleh Pembantu Imam Masjid Assyakirin Bintulu, Wan Mohd Sayuti Wan Sulaiman, diikuti dengan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU