Bintulu Rangers juara

PASUKAN Bintulu Rangers dinobatkan sebagai juara Kejohanan Futsal Piala Sarawak 2019 (SFC19) setelah membenam PFA Odin Kuching 6-2 dalam aksi final di Riveria Sport Centre Debak petang semalam.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala dan trofi. PFA Odin Kuching pula menerima RM3,000, piala dan trofi. PFA Odin Kuching membuka jaringan pada minit ketujuh, namun tiga minit kemudian
Bintulu Rangers menyamakan kedudukan.

Sebelum tamat masa separuh masa pertama, Bintulu Rangers sekali lagi meledakkan gol untuk mendahului 2-1.
Memasuki separuh masa kedua, Bintulu Rangers terus mara selepas menjaringkan satu lagi gol pada minit keempat.

Pergelutan pada minit kesembilan di hada hadapan pintu gol PFA Odin Kuching akhirnya berjaya dimanfaatkan
oleh Bintulu Rangers untuk memperkukuhkan kedudukan 4-1.

PFA Odin Kuching cuba bangkit dan pada minit ke-15, percubaan mereka terkena palang gol.

Walaupun gagal, mereka tidak berputus asa dan berjaya mendapatkan gol kedua seminit selepas itu.

Perlawanan semakin rancak.

Menjengah minit ke 17, tendangan terus pemain Bintulu Rangers berjaya memperdaya penjaga gol PFA Odin Kuching.

Untuk jaringan keenam Bintulu Rangers, gawang yang dibiarkan terbuka oleh penjaga gol.

Dua pemain Bintulu Rangers menerima Anugerah Pemain Terbaik (Mohd Azri Bumin) dan Anugerah Penjaga
Gol Terbaik (Owen Sangin Sebli).

Tempat ketiga bersama ialah Panthera Betong dan KSRES Samarahan. Mereka masing-masing menerima RM2,000 beserta piala dan trofi. Hadiah disampaikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Datuk Posa
Majais.

Kejohanan tersebut adalah anjuran Saberkas Saribas yang diterajui Mohammad Razi Sitam (Adun Saribas) dengan kerjasama FAS, Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong dan Syarikat Laser Light (KSRLL). Sejumlah
28 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita.

Suara Sarawak