ARTIKEL

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (depan, dua, kanan) menerima cenderahati daripada Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (depan, tiga, kiri) ketika hadir pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Anak Muda Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka semalam.

BN mahu kekalkan 21 kerusi DUN Melaka pada PRN akan datang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi mandat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk merundingkan kerjasama dengan mana-mana pihak bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Menurut Bernama, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata rakan kerjasama yang dipilih perlu mempunyai sifat jujur dan ikhlas bagi memastikan BN terus menerajui pentadbiran negeri pada penggal hadapan.

Beliau berkata Ab Rauf perlu memilih rakan yang taat setia dan mampu membantu BN mencapai kemenangan dalam PRN berkenaan.

Ahmad Zahid turut mengingatkan BN Melaka supaya mengekalkan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu pada pilihan raya lepas.

Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi, sementara penggal DUN Melaka akan berakhir pada Disember ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU