ARTIKEL

BERCAKAP... Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah).

Bola Sepak Sarawak: Saya lebih suka lihat anak jati mewakili Malaysia atau Sarawak — Abdul Karim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak merancang untuk tidak mengikuti langkah pasukan bola sepak negara dengan mengisi skuad pemain warisan mahupun naturalisasi demi memberi peluang anak jati tempatan untuk menyerlah bakat.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berpendirian, usaha itu dijangka akan menyukarkan perkembangan sukan utama rakyat serta menutup peluang anak jati untuk pergi lebih ke hadapan dalam bidang tersebut.

“Secara peribadi saya lebih suka melihat anak jati peribumi untuk mewakili Malaysia atau Sarawak, kerana sekarang ini kita melihat yang mewakili Malaysia kebanyakan mereka dari Eropah, bertapak di Amerika Latin.

“Bagi saya, ini sudah pasti menyukarkan kita untuk menghidupkan sukan bola sepak negara sekiranya perkara ini berleluasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, semalam.

Tegasnya, pembabitan anak jati dalam kancah bola sepak perlu dimartabatkan dengan memberikan sokongan penuh kepada mereka agar dapat bersaing dalam arena bola sepak di peringkat yang lebih tinggi.

Pada masa yang sama, beliau memberi cadangan agar pemilihan pemain warisan atau naturalisasi mempunyai tapisan sewajarnya dari segi keputusan mewakili negara.

Katanya, hal ini bagi memastikan pemain yang dipilih mewakili negara akan ‘berpindah hati’ dengan menukar semula keputusan pada saat akhir.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira