ARTIKEL

Seorang lelaki berusia lingkungan 38 tahun mengalami serangan strok ketika berada di atas bukit di Tse Chen Samten Ling Retreat Centre, Jalan Matang FAC di sini, petang tadi.Foto JBPM

Bomba bantu lelaki diserang strok ketika naiki bukit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki mengalami serangan strok ketika berada di atas bukit di Tse Chen Samten Ling Retreat Centre, Jalan Matang FAC di sini, semalam.


Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya yang diketuai PBK I Rahman Abang Deni bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 4.28 petang.
“Setibanya di tempat kejadian, mangsa didapati dalam keadaan separuh sedar dan memerlukan bantuan segera.


“Pasukan EMRS bertindak menstabilkan keadaan mangsa sebelum membawa mangsa turun dari kawasan kuil yang berbukit ke pintu utama,” kata kenyataan itu.


Mangsa ,38, kemudiannya diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan perubatan lanjut.
Operasi melibatkan 8 anggota dan sebuah jentera FRT berjaya dilaksanakan dengan lancar dan berakhir selepas penyerahan mangsa kepada pihak hospital.-TVS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU