ARTIKEL

Bomba Bau hulur bantuan makanan dan ke keperluan bayi selepas terima panggilan kecemasan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Tindakan seorang individu membuat panggilan kecemasan kepada bomba demi mendapatkan keperluan bayinya pada kadar segera mendapat perhatian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau.

Menurut Ketua BBP Bau Tawang Linggem, mangsa difahamkan masih dalam perintah kuarantin di rumah dan membuat panggilan sekitar jam 11.55 pagi memaklumkan keperluan bayinya telah habis dan meminta bantuan pasukan berkenaan.

Jelas beliau, pihaknya tidak memandang ringan akan panggilan kecemasan itu, sebaliknya bertindak mendapatkan barangan terbabit pada kadar segera dan menghantar ke rumah pengadu di Kampung Grogo, Bau.

“Antara barang yang telah dihantar iaitu susu tepung, lampin pakai buang, beras, telur dan keperluan lain.

“Bagaimanapun, barang-barang tersebut hanya diletakkan di luar rumah mangsa kerana mereka masih menjalani perintah kuarantin,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, hari ini.

Jelas Tawang, tindakan tersebut adalah aktiviti khidmat kemanusiaan dan prihatin rakyat dalam tempoh darurat sepanjang memerangi pandemik Covid-19.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU