ARTIKEL

Bomba puji tindakan pantas penduduk Kampung Seberang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Sikap prihatin dan tindak pantas penduduk berjaya mengelak kemusnahan harta benda dalam kebakaran rumput di Kampung Seberang di sini petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmuddin Narudin berkata, insiden kira-kira 1.15 petang itu berlaku berhampiran Dewan Serbaguna Kampung Seberang.

Katanya, keadaan cuaca yang panas dan kering menyebabkan api marak pantas.

“Sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Kanan Bomba (PBK II), Bakar Ujang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 1.20 petang.

“Sebaik tiba di tempat itu lima minit kemudian, kami mendapati api telah dipadamkan oleh penduduk yang berhampiran,” katanya kepada wartawan.

Beliau berkata, Bomba melakukan pemadaman susulan bagi mengelak kebakaran berulang sehingga operasi selesai pada 1.38 petang.

Hasil pemeriksaan lanjut katanya, kejadian tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk kerana tindakan pantas mereka bukan sahaja mengawal api daripada merebak lebih besar tetapi juga menyelamatkan harta benda dan nyawa,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka terutamanya ketika musim panas ini.

“Jangan membuang puntung rokok sebarangan, membakar hutan dan lalang sesuka hati kerana cuaca panas mampu menjadikan api merebak dengan pantas,” tegasnya.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU