ARTIKEL

Detik cemas tercetus apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun terperangkap dalam sebuah kereta di Lorong Stakan Mewah 1B, Jalan Stakan Melayu, Kota Samarahan, petang ini. Foto JBPM

Bomba selamatkan bayi terperangkap dalam kereta di Samarahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seorang bayi lelaki berusia setahun diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap dalam sebuah kereta dengan enjin masih hidup di Lorong Stakan Mewah 1B, Jalan Stakan Melayu, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan pada jam 3.00 petang, sebelum mengerahkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 21 kilometer dari balai.

Menurut jurucakap JBPM Sarawak, pasukan yang tiba pada jam 3.22 petang mendapati seorang bayi berada dalam keadaan terperangkap di dalam sebuah Perodua Myvi dengan enjin masih hidup.

“Mangsa dipercayai baru bangun tidur dan secara tidak sengaja menekan butang kunci automatik, menyebabkan dirinya terkunci di dalam kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi menyelamat diketuai PBK I Lydia Mohd. Sarkawi dijalankan menggunakan peralatan khas seperti pembaris besi panjang dan dawai untuk membuka pintu kenderaan tanpa merosakkan struktur asal kereta.

“Pintu berjaya dibuka pada jam 3.30 petang dan mangsa ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan,” tambah kenyataan itu.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.45 petang selepas pasukan memastikan situasi berada dalam keadaan selamat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU