ARTIKEL

FOKUS... Bonnie Bunyau ketika ditemui semalam.

Bonnie kini fokus gelaran dunia di Mesir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, 26, kini fokus kepada sesi latihan rutinnya.

Ia sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Powerlifting Dunia 2025 yang akan berlangsung di Kaherah, Mesir bermula 10 hingga 18 Oktober depan.

Sekali gus, peluang bagi anak kepada legenda powerlifting kelahiran Sarawak, Gustin Ak Jenang itu untuk meraih gelaran dunia dalam kategori kegemarannya, iaitu 72 kilogram.

BERSEMANGAT… Bonnie Bunyau ketika sesi latihan di pusat latihan Stadium Sarawak, Petra Jaya semalam. – FOTO ALIF NONI

“Ketika ini saya fokus kepada latihan harian yang dijalankan dua kali sehari iaitu pagi dan petang.

“Selain untuk mengekalkan tahap kecergasan dan prestasi diri, latihan tersebut sebagai persediaan bagi menghadapi kejohanan dunia di Mesir nanti,” ujar Bonnie yang ditemui Arena Suara Sarawak ketika sesi latihan di Stadium Sarawak, Petra Jaya semalam.

Menurut Bonnie, beliau percaya tekanan hebat bakal menanti dirinya pada kejohanan itu kerana difahamkan ramai jaguh dunia dari pelbagai negara turut serta.

Apa pun, tambahnya, beliau akan sentiasa lebih fokus terutama apabila tibanya saingan sebenar nanti.

Kata Bonnie, penyertaan dirinya dalam kejohanan itu adalah untuk pemburuan tiket ke temasya Sukan Olimpik 2028 yang akan berlangsung di Los Angeles.

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali