ARTIKEL

Bryan kembali bersama KC FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEKAS penyerang import musim lalu, Bryan Jones Anicezio kembali menyertai skuad Kuching City FC (KC FC) musim ini.

Bintang kelahiran Brazil itu dipanggil semula bagi mengisi kekosongan posisi serangan selepas pihak pengurusan ‘The City Bos’ terpaksa menamatkan kontrak rakan senegara, Leonardo Alves yang dibelenggu kecederaan lutut sebelum ini.

Pengerusi KC FC, Fazzrudin Abdul Rahman memberitahu, pihaknya kembali menggunakan khidmat Bryan Jones Anicezio musim ini bagi mengisi kekosongan di jentera serangan selepas penamatan kontrak Leonardo Alves baru-baru ini.

Menurut Fazzrudin, Bryan akan menyertai kem latihan bersama pemain lain sebaik selesai melalui proses kuarantin wajib selama 14 hari.

Tambah Fazzrudin, beliau percaya kehadiran semula Bryan Jones Anicezio dalam pasukan akan menambah tonik di jentera serangan pasukan kendalian jurulatih berpengalaman (Irfan Bakti Abu Salim) kelak.

“Musim lepas dia sudah bersama pasukan ini dan tiada masalah untuknya menyesuaikan diri,” tegas Fazzrudin lagi.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha