ARTIKEL

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh bersama-sama yang lain merakamkan gambar kenangan sambil memegang Anugerah Emas AIGA 2025.

“Buat Betul Walaupun Tiada Siapa Melihat” – Awang Tengah Seru Integriti Dalam Perkhidmatan Awam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Integriti bukan sekadar slogan, tetapi cerminan jati diri penjawat awam untuk memikul amanah yang besar dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menekankan agar kakitangan awam menanamkan tiga komitmen atau sikap utama selari dengan nilai yang diperlukan.

“Pertama, kita tidak boleh bertoleransi ke atas sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa. Kedua, setiap individu perlu mengutamakan ketelusan dalam setiap keputusan.

BERUCAP… Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh mewakili Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Hari Integriti PUSAKA 2025.

“Seterusnya, kita sebagai penjawat awam yang beramanah mesti bertanggungjawab dengan setiap tindakan yang dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks dibaca oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh pada Hari Integriti PUSAKA 2025 di Dewan Seminar PUSAKA, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menambah bahawa Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang dilancarkan turut berpaksikan kepada pengukuhan tatakelola.

Menurutnya, pemantapan tatakelola yang baik bertumpu kepada aspek pengukuhan integriti dan akauntabiliti serta peningkatan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan.

“Kita mahu mewujudkan satu ekosistem kerja berintegriti, setiap individu nekad menolak salah guna kuasa.

“Pada masa yang sama, berpegang teguh pada prinsip ‘buat betul walaupun tiada siapa yang melihat’, sekali gus melahirkan impak bermakna,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU