ARTIKEL

PENGERUSI Emeritus Berkshire Hathaway, Warren Buffett. – Foto fail AFP

Buffett sumbang saham US$5.5b

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Bilionair Amerika Syarikat (AS), Warren Buffett, menyumbangkan saham syarikat pelaburannya, Berkshire Hathaway, bernilai kira-kira US$5.5 bilion kepada empat yayasan keluarga yang dikendalikan oleh anak-anaknya.

“Hari ini, Warren E. Buffett, Pengerusi Emeritus Berkshire Hathaway, akan menukar 6,150 saham Kelas A kepada 9,225,000 saham Kelas B sebelum menyumbangkannya kepada empat yayasan keluarga.

“Sebanyak 3,690,000 saham akan disumbangkan kepada The Susan Thompson Buffett Foundation, manakala The Sherwood Foundation, The Howard G. Buffett Foundation dan NoVo Foundation masing-masing menerima 1,845,000 saham,” menurut kenyataan Berkshire Hathaway, lapor Sputnik/ RIA Novosti.

Berdasarkan harga penutupan pasaran sebanyak US$592.85 sesaham, nilai keseluruhan sumbangan itu dianggarkan berjumlah US$5.47 bilion. Ketiga-tiga anak Buffett masing-masing menguruskan inisiatif kebajikan sendiri.

Susan Buffett memberi tumpuan kepada pendidikan, Howard Buffett pula terlibat dalam usaha menangani kebuluran dan membantu mangsa konflik, manakala Peter Buffett menyokong pembangunan komuniti setempat.

Buffett menjadi bilionair pada 1986 selepas berjaya mengembangkan Berkshire Hathaway menjadi sebuah syarikat gergasi menerusi strategi pelaburan berasaskan nilai. Beliau kini disenaraikan antara 10 individu terkaya di dunia. – Bernama-Sputnik/RIA Novosti

BERITA LAIN

500 kematian akibat denggi

DHAKA (BANGLADESH): Angka korban akibat demam denggi di Bangladesh meningkat kepada 502 orang selepas pihak berkuasa kesihatan melaporkan tiga lagi kematian akibat penyakit bawaan nyamuk

BERITA TERBARU

108,816 pelawat Asia Utara

KUCHING: Sarawak merekodkan seramai 108,816 ketibaan pelawat dari Asia Utara bagi tempoh Januari hingga September 2026, meningkat berbanding 77,573 orang dalam tempoh sama tahun lalu

Perkhemahan pupuk jati diri murid

Murid Tahap Dua dari tiga sekolah rendah Islam Al-Amin menyertai Program Mukhayyam bertemakan “Kuat Jasmani, Teguh Rohani” yang berlangsung selama dua hari satu malam di