ARTIKEL

500 kematian akibat denggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DHAKA (BANGLADESH): Angka korban akibat demam denggi di Bangladesh meningkat kepada 502 orang selepas pihak berkuasa kesihatan melaporkan tiga lagi kematian akibat penyakit bawaan nyamuk itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Jumlah keseluruhan kes telah melepasi 164,000 sejak Januari lepas, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

Angka korban berkenaan meningkat berbanding 336 kematian tahun lepas, yang menyaksikan hampir 85,000 kes dilaporkan. Bangladesh kebiasaannya mengalami musim demam denggi antara Jun hingga September.

Denggi merebak kepada manusia melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti dan tiada rawatan khusus bagi jangkitan virus berkenaan.

Dalam perkembangan berasingan, empat lagi kanakkanak meninggal dunia akibat gejala menyerupai demam campak, menjadikan jumlah korban akibat penyakit berjangkit itu meningkat kepada 1,318 orang sejak pertengahan Mac tahun ini.

Kementerian Kesihatan merekodkan 1,509 kes baharu gejala menyerupai campak serta 173 kes baharu yang disahkan positif di seluruh negara.

Dengan angka terkini itu, jumlah kes gejala menyerupai campak telah melepasi 249,500, manakala kes yang disahkan melebihi 25,400.

Kementerian Kesihatan telah memberikan vaksin kepada lebih 20.17 juta kanak-kanak sebagai tindak balas terhadap wabak berkenaan, selain vaksinasi rutin dan kempen susulan yang dilancarkan pada akhir bulan lepas.

Bangladesh secara sejarahnya mempunyai imuniti kelompok terhadap demam campak, namun status itu hilang sejak beberapa tahun kebelakangan ini berikutan penurunan liputan vaksinasi. – Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Ekonomi Malaysia kekal kukuh

PUTRAJAYA: Ekonomi Malaysia bagi suku ketiga 2026 dijangka berkembang 5.3 peratus, selaras dengan anggaran awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Francisca tambat hati Hans Isaac

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac mengumumkan beliau mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya, Francisca Luhong James. Berita gembira itu