ARTIKEL

HANGUS…Keadaan bumbung sebuah bangunan rumah kedai di belakang Stesen Minyak Petronas MJC, Batu Kawah yang terbakar, pagi tadi.

Bumbung Bangunan Kedai Terbakar, Tiada Kecederaan Dilaporkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kebakaran melibatkan bumbung bangunan rumah kedai di belakang Stesen Minyak Petronas MJC, Batu Kawah awal pagi tadi berjaya dikawal oleh pasukan bomba tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, kejadian dilaporkan berlaku sekitar 3.48 pagi, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi pada 3.58 pagi, didapati benar berlaku kebakaran yang melibatkan timbunan sampah dan kotak di tingkat empat bangunan tersebut, dengan anggaran keluasan kebakaran 14×20 kaki persegi,” kata kenyataan itu.

Kebakaran turut melibatkan sebahagian struktur bumbung bangunan, namun pasukan bomba bertindak pantas menggunakan satu aliran hos sepanjang 300 kaki berserta satu nozel dari pam jentera yang disambungkan ke pili bomba bagi mengawal api.

Operasi yang diketuai PBK I (TBBK I) Awang Saifull Awang Nusi itu melibatkan seramai 12 anggota dengan kekuatan satu jentera FRT dan satu unit EMRS.

Api berjaya dipadam sepenuhnya dan kerja-kerja overhaul turut dilakukan bagi memastikan tiada lagi punca api tersembunyi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 5.01 pagi, tambah kenyataan itu.

Tiada agensi lain terlibat dalam operasi tersebut dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU