ARTIKEL

Seorang buruh tempatan ditahan polis kerana memiliki dadah dalam Ops Tapis, semalam.

Buruh ditahan miliki 0.5 gram dadah di Selangau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seorang buruh tempatan ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 0.5 gram dalam operasi Ops Tapis di Jalan Pasar Tamu, Selangau, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, suspek, 26, ditahan kira-kira 11 pagi di hadapan sebuah kedai alat telekomunikasi.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek menyerahkan sendiri satu keratan tiub straw lut sinar yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine.

Seorang buruh tempatan ditahan polis kerana memiliki dadah dalam Ops Tapis, semalam.

“Dadah yang dirampas itu mempunyai berat kasar 0.5 gram dan dianggarkan bernilai RM50,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas Rizal, suspek dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah untuk siasatan lanjut.

Ujian saringan awal polis terhadap suspek didapati negatif, manakala semakan rekod mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod lampau.

“Siasatan awal juga mendapati suspek mengaku bahawa dadah yang dirampas adalah miliknya.

“Suspek turut mengaku terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah sejak Jun 2026,” jelasnya lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

Permohonan reman terhadap suspek dibuat di Mahkamah Majistret Mukah pada 8.30 pagi, hari ini.

“Mahkamah membenarkan suspek direman selama tiga hari hingga 23 Oktober bagi melengkapkan siasatan.

“Polis turut menyiasat sumber bekalan dadah yang diperoleh suspek, termasuk usaha mengenal pasti dan mengesan individu yang dipercayai membekalkan dadah berkenaan,” tegas Rizal.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah bagi membantu membanteras kegiatan berkenaan, khususnya di daerah Mukah dan Selangau.

Tambah Rizal, sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah boleh disalurkan dengan menghubungi talian 084-871222 atau hadir ke balai polis berhampiran.

BERITA LAIN

Pendaftaran PN dibatalkan – RoS

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran Parti Perikatan Nasional (PN), selepas mendapati penjelasan yang dikemukakan parti itu gagal menyangkal asas pembatalan seperti yang

BERITA TERBARU