ARTIKEL

dadah buruh: Tertuduh dibawa keluar dari bilik mahkamah oleh anggota polis.

Buruh Kasar Dipenjara Lima Tahun, Dua Sebatan Kes Dadah Berulang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang buruh kasar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini, kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis syabu secara berulang.

Muhamad Shalihin, 37, mengaku bersalah atas satu pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Musli Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, dia mempunyai dua rekod lampau pada 1 Julai 2020 dan 30 November 2021 di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi pertuduhan kali ini dia didakwa mengambil dadah terlarang sekali lagi jenis methamphetamine dan amphetamine ketika ditangkap dan dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Kuching, sekitar 11.50 pagi, 22 Mac 2024.

Pendakwaan kes di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum mengikut Seksyen 39C(1)(b) akta yang sama.

Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya.

Manakala, Seksyen 39C (1)(b) akta yang sama membawa hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi tujuh tahun dan sebat tidak lebih daripada tiga sebatan, jika sabit kesalahan.

Selain itu, mahkamah memerintahkan dia di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun selepas menjalani hukuman penjara.

Musli memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh ditangkap pada 25 Februari lepas (Rabu).

Menurut fakta kes, semasa kejadian pihak polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah berulang lalu membawanya ke balai polis untuk siasatan.

Hasil ujian pertama saringan awal air kencing tertuduh didapati positif dadah.

Hasil laporan sampel urin tertuduh dari Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak mengesahkan tertuduh positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ruvinasini Pandian, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU