ARTIKEL

Rubiah menyampaikan hadiah kepada pemenang Cabaran Berbasikal Samarahan 2026, di sini, hari ini. Foto EDWINNIE EINSTEIN UNJI

Cabaran Berbasikal Samarahan berpotensi jadi acara ikonik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Cabaran Berbasikal Samarahan 2026 yang menarik lebih 156 peserta, termasuk 20 peserta antarabangsa, melonjakkan potensinya sebagai acara ikonik Kota Samarahan dalam Kalendar Acara Sarawak.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, acara yang kini memasuki edisi ke-10 itu bukan sahaja berperanan sebagai platform mencungkil bakat tempatan dalam sukan berbasikal, malah semakin berkembang sebagai tarikan pelancongan sukan di Kota Samarahan.

Rubiah bercakap kepada media selepas menyempurnakan majlis penutupan Cabaran Berbasikal Samarahan 2026, di sini, hari ini. Foto EDWINNIE EINSTEIN UNJI

Menurutnya, program tersebut bermula sejak 2002 dengan penganjuran di kawasan luar bandar sebelum dinaik taraf sehingga menjadi antara acara yang mendapat sambutan dari dalam dan luar negara.

“Kita nampak potensinya untuk dibangunkan bukan sahaja bagi mencungkil bakat, malah boleh menjadi satu acara ikonik kepada Kota Samarahan khususnya dari sudut pelancongan berbasikal,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis penutupan Cabaran Berbasikal Samarahan 2026, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penganjuran kali ini mencatat peningkatan ketara dari segi penyertaan dengan lebih 156 peserta mengambil bahagian dalam pelbagai kategori termasuk lelaki, wanita, junior, belia dan Sarawak Tertutup.

Aksi peserta berentap dalam Cabaran Berbasikal Samarahan 2026, di sini, hari ini. Foto EDWINNIE EINSTEIN UNJI

“Selain itu, terdapat 20 peserta antarabangsa iaitu 18 dari Indonesia serta masing-masing seorang dari Kanada dan New Zealand,” jelasnya.

Rubiah menambah, Cabaran Berbasikal Samarahan kini telah menjadi sebahagian daripada agenda dalam Kalendar Acara Sarawak dan mendapat sokongan dana penganjuran daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan.

“Kita mendapat respons yang amat baik dan berharap pada tahun-tahun akan datang program ini dapat diperkasakan lagi serta diperluaskan penyertaannya, bukan sahaja di dalam negeri dan negara, malah juga di peringkat antarabangsa,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, aktiviti berbasikal yang suatu ketika dahulu menjadi antara pengangkutan masyarakat di Samarahan kini berkembang sebagai aktiviti gaya hidup, sukan, rekreasi dan riadah.

Sehubungan itu, Rubiah berharap kemudahan berkaitan aktiviti berbasikal di Samarahan dapat terus ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Mengulas mengenai kesesakan lalu lintas, beliau berkata, kekangan itu dijangka dapat diatasi pada hujung tahun ini atau pertengahan tahun hadapan apabila semua perancangan berkaitan kemudahan jalan raya siap sepenuhnya.

“Laluan acara ini menggunakan jalan sedia ada dan apabila jalan ini siap sepenuhnya, ia akan menjadi persekitaran yang baik untuk acara berbasikal ini.

“Kemungkinan tahun depan penganjuran kita akan lebih selesa dan lebih baik dari sudut keselamatan, saiz laluan serta jarak yang dapat diatur dengan lebih kemas,” tambahnya.

Pemenang merakam gambar kenangan selepas menerima hadiah pada Cabaran Berbasikal Samarahan 2026, di sini, hari ini. Foto EDWINNIE EINSTEIN UNJI

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat