ARTIKEL

Cadangan bina wisma kesejahteraan di Betong untuk manfaat penduduk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELADIN: Cadangan membina sebuah wisma kesejahteraan di Bahagian Betong menerusi perancangan di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) bakal memberi manfaat kepada penduduk sekitar.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Mohammad Razi Sitam berkata, kemudahan tersebut bakal membantu penduduk di Bahagian Betong dan sekitarnya dalam hal berkaitan sebagai pusat aktiviti komuniti.

“Di peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (Sarawak), kita sudah ada satu di Dalat.

“Untuk Bahagian Betong pun sudah ada perancangan untuk ditubuhkan, seperti yang telah dicadangkan di Debak, dalam Dun Saribas.

“Kita usahakan dan berharap akan dipermudahkan kerana seperti kompleks di tempat lain yang telah siap, ia menjadi satu pusat interaksi sosial antara generasi yang berbeza dan dilihat amat penting dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri 2023 Peringkat Bahagian Betong (bagi Dun Beting Maro) di Dewan Masjid al-Amin dekat sini, hari ini.

Wisma tersebut jelas Adun Saribas itu juga dicadangkan untuk menempatkan Pusat Kebajikan Masyarakat, selain pelbagai pusat termasuk Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) bagi Pusat Rehabilitasi dalam Komuniti, Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe), taska orang kelainan upaya (OKU), SeDidik dan sebagainya.

“Saya yakin masyarakat akan mendapat manfaat dan apabila agensi kerajaan berada di bawah satu bumbung nanti, mereka dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU