ARTIKEL

Cadangan senator dan Ahli Parlimen terima pencen wajar dipertimbang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pindaan semula perenggan 20 dalam Jadual Pertama Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 wajar dipertimbangkan bagi membolehkan semakan ke atas pencen yang diterima oleh senator dan Ahli Parlimen.

Penganalisis Politik, Dr Ammar Redza Ahmad Rizal, berkata keputusan Mahkamah Persekutuan semalam (7 April) mengenai hak senator dan Ahli Parlimen yang sudah bersara untuk menikmati kenaikan pencen selepas semakan gaji adalah isu teknikal.

“Saya melihat perkara ini sebagai isu teknikal berbanding dengan isu lain. Ia timbul apabila pindaan dibuat kepada perenggan 20 dalam Jadual Pertama Akta Ahli Parlimen yang berkuat kuasa pada Januari 2014.

“Ia juga disebabkan Ahli Parlimen tidak dianggap sebagai penjawat awam, dan mereka tidak mendapatkan perlindungan hak pencen di bawah Perkara 147, Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Sehubungan itu, beliau menambah, akibatnya, senator dan Ahli Parlimen yang sudah bersara tidak dapat melakukan semakan semula ke atas pencen yang diterima.

“Bagaimanapun, jika mereka ingin melakukan semakan semula, perenggan 20 dalam Jadual Pertama Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 perlu dipinda semula,” ujarnya.

Sebelum 1 Januari 2014, perenggan 20 dalam Jadual Pertama Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 menyatakan bahawa senator dan Ahli Parlimen berhak untuk pelarasan pencen setiap kali semakan gaji dilakukan.

Namun, selepas pindaan, sebarang pencen yang diberikan kepada Ahli Parlimen akan dinaikkan sebanyak 2 peratus setiap tahun tanpa memerlukan semakan gaji.

Pada 1 Januari 2015, elaun bulanan yang layak diterima oleh senator dinaikkan daripada RM4,112.79 kepada RM11,000, manakala Ahli Dewan Rakyat menerima RM16,000 sebulan berbanding RM6,508.59 sebelum itu.

Mereka yang tidak lagi berkhidmat sebagai Ahli Parlimen pada tarikh tersebut berhujah bahawa pencen mereka sepatutnya diselaraskan selaras dengan kenaikan elaun bagi senator dan Ahli Parlimen yang sedang berkhidmat.

Namun, Mahkamah Persekutuan semalam memutuskan bahawa Ahli Parlimen dan senator yang bersara tidak berhak menikmati kenaikan pencen selepas semakan gaji dilakukan.

Ammar menegaskan bahawa semua pihak harus memahami bahawa jasa wakil rakyat dan senator perlu dihargai.

“Namun, selepas bersara, mereka tidak lagi berkhidmat secara rasmi. Rakyat yang memerlukan bantuan kewangan jarang berjumpa dengan bekas wakil rakyat atau senator.

“Oleh itu, saya secara peribadi berpendapat wang pencen yang diterima sudah mencukupi untuk menyara kehidupan mereka, yang juga menikmati kenaikan tahunan sebanyak 2 peratus.
“Apatah lagi, bilangan wakil rakyat dijangka akan bertambah. Pengurusan pencen ini perlu dilakukan dengan berhemat,” tegasnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat