ARTIKEL

Senator Datuk Ahmad Ibrahim.

Cadangan Status Bumiputera Generasi Ketiga Perlu Diteliti Peringkat Persekutuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cadangan untuk memperluas status bumiputera kepada generasi ketiga bukan peribumi atau mana-mana kaum lain tidak seharusnya dijadikan polemik politik yang boleh menimbulkan salah faham dengan pendirian Sarawak atau kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS), kata Senator Datuk Ahmad Ibrahim.

Beliau menegaskan, hakikatnya sebarang perubahan kepada dasar bumiputera memerlukan penelitian dan tindakan di peringkat Kerajaan Persekutuan.

“Isu cadangan untuk memperluas status bumiputera kepada generasi ketiga bukan peribumi atau mana-mana kaum lain bukanlah isu kecil. Ia melibatkan dasar nasional, kerangka perundangan, serta keseimbangan sosial yang telah lama dipelihara dengan berhati-hati.

“Secara sejarahnya, Sarawak sentiasa mengamalkan pendekatan pentadbiran yang pragmatik dan inklusif, termasuk sejak era pentadbiran terdahulu yang mengurus kepelbagaian dengan fleksibel.

“Ini menunjukkan bahawa keterangkuman bukan sesuatu yang baharu bagi Sarawak, malah telah lama menjadi sebahagian daripada asas pentadbiran negeri ini,” katanya dalam kenyataan bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng yang mencadangkan agar status bumiputera diperluas kepada generasi ketiga bukan peribumi.

Ahmad berkata Sarawak telah lama membuktikan pendekatan inklusif dan pragmatik dalam pentadbiran.

Katanya sebagai contoh, pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dilaksanakan di Sarawak sejak era Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem, dan ia menunjukkan bahawa Sarawak tidak pernah menolak keterangkuman, malah mendahului dalam pelaksanaannya secara praktikal.

“Namun, pengiktirafan UEC di peringkat nasional masih belum dimuktamadkan. Oleh itu, usaha ke arah penyelesaian perkara ini seharusnya digerakkan di peringkat Persekutuan.

“Sebagai seorang Ahli Parlimen, Larry Sng mempunyai saluran dan kedudukan rapat untuk membawa isu ini ke peringkat nasional. Dengan hubungan kerja beliau bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka lebih wajar untuk tumpuan diberikan kepada usaha mendapatkan penyelesaian dasar di peringkat Persekutuan,” katanya.

Ahmad turut menegaskan bahawa Sarawak tidak harus dilihat sebagai medan untuk menguji cadangan dasar yang belum dimuktamadkan di peringkat nasional.

Menurutnya, wilayah ini sekian lama berjaya mengurus kepelbagaian dengan pendekatan yang stabil, seimbang, dan bertanggungjawab.

“Dalam hal ini, kita harus bersikap adil. Sekiranya Larry Sng berjaya membawa pengiktirafan UEC di peringkat Persekutuan, serta mengangkat cadangan berkaitan status bumiputera ini ke arah penyelesaian dasar nasional yang jelas dan diterima, maka usaha tersebut wajar diberikan penghargaan.

“Namun pada masa yang sama, tumpuan juga harus diberikan kepada pelaksanaan dan pencapaian yang nyata, khususnya dalam memenuhi keperluan rakyat di kawasan yang diwakili.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU