ARTIKEL

ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang

Caj penyelenggaraan jalan yang tinggi dikenakan kepada kontraktor di Kapit perlu dinilai semula

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Caj penyelenggaraan jalan yang tinggi dikenakan kepada kontraktor di Kapit perlu dinilai semula bagi memudahkan pihaknya membina jalan ke kawasan ini. 

ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang berkata, ini kerana kebanyakan rumah panjang di Bahagian Kapit masih bergantung pada jalan balak sebagai jalan penghubung. 

Justeru katanya, kontraktor di Kapit menghadapi cabaran apabila dikenakan caj pemeliharaan jalan yang tinggi oleh syarikat-syarikat kayu sebanyak RM3.14 per kilometer. 

“Caj juga dikenakan untuk penyeberangan jambatan. Saya menyeru Kementerian untuk mengambil tindakan ke atas aduan ini dan mencadangkan semua pihak berkepentingan untuk menilai semula caj tol tersebut,” katanya.

Beliau juga mendedahkan terdapat senarai jalan balak di Kapit yang digunakan secara aktif atau yang sudah ditinggalkan telah diluluskan dengan dana namun, maklumat terperinci mengenai jalan-jalan tersebut belum didedahkan 

“Saya menggesa pihak bertanggungjawab mendedahkan senarai jalan balak di Kapit yang mendapat kelulusan dana tersebut,” ujarnya. 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU