MUKAH: Stesen radio tempatan, CATS FM turut serta memeriahkan Festival Krismas Mukah yang bermula hari ini sehingga Ahad, menerusi program ‘Cats Day Out’.
Jurucakapnya berkata, antara program awal yang akan disertai ialah perarakan Krismas sejauh 1.2 kilometer yang akan berlangsung jam 6 petang esok.
“Perarakan dijangka disertai sekitar 5,000 orang terdiri daripada orang awam, gereja serta pertubuhan bukan kerajaan.
“Selain itu, orang ramai turut berpeluang menyaksikan penyampai-penyampai radio yang turut serta sepanjang festival itu diadakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sementara itu katanya, antara acara yang dinanti-nantikan ialah persembahan pentas bermula jam 8 malam, bakal menampilkan barisan artis popular seperti Datuk Francisca Peter, Suffian Suhaimi dan beberapa artis tempatan seperti Sima Tawil, Sazia Gia dan Harris Ajak.
Penduduk Mukah juga berpeluang menunjukkan bakat menyanyi dengan menyertai Bintang Karaoke CATS pada bermula jam 12 tengah hari di pentas utama dengan syarat penyertaan secara percuma, esok.
Untuk maklumat lanjut layari www.catsfm.my atau facebook dan instagram rasmi CATS FM.


