ARTIKEL

Cegah anak membuli

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SOALAN: Bagaimana mengelakkan anak daripada menjadi mangsa atau pembuli?

SETIAP daripada kita pasti risau dan runsing terhadap anak-anak, sama ada ketika mereka bersekolah mahupun ketika memasuki asrama, kolej dan sebagainya, iaitu risau sekiranya anak menjadi mangsa buli atau menjadi pembuli.

Pada pandangan penulis, antara perkara pertama yang perlu diterapkan kepada anak-anak sebelum memasuki alam persekolahan ialah memberikan mereka bekalan ilmu.

Wajib bagi ibu bapa membekalkan ilmu kepada anak-anak, khususnya ilmu bersosial dengan rakan sebaya.

Terangkan kepada mereka apakah perbuatan dan percakapan yang sesuai ketika bergaul dengan rakan.

Kemudian, jelaskan juga kepada mereka adab ketika berkawan dan kepentingan menghormati rakan.

Pada masa yang sama, kita juga boleh membekalkan ilmu pertahanan diri agar mereka dapat menjaga diri pada waktu-waktu yang mendatangkan mudarat.

Bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis, ibu bapalah yang membentuk dan mewarnai jiwa serta keperibadian anak-anak. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fi trah.

Maka keduadua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadis riwayat al-Bukhari) Pendidikan di rumah memainkan peranan yang amat penting dalam pertumbuhan sahsiah anak-anak agar mereka tidak mudah cenderung kepada kekasaran.

Antara perkara penting yang perlu diberi penekanan juga ialah memberi kesedaran kepada anak bahawa kezaliman dan kekasaran tidak akan menyelesaikan masalah.

Ajarkan mereka untuk menyelesaikan masalah melalui perbincangan dan komunikasi yang membawa kepada kedamaian.

Bahkan, Rasulullah SAW sentiasa mengutamakan perdamaian dalam apa jua situasi yang berlaku, dan bukan bertindak terus ke arah peperangan.

BERITA LAIN

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU