ARTIKEL

Abang Johari (empat kanan) merasmikan CENTEXS Lawas di sini hari ini. | Foto: UKAS

CENTEXS Lawas Pacu Lahirkan Tenaga Mahir Antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Lokasi strategik Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Lawas di pintu sempadan Brunei dan Sabah menjadikannya platform untuk melahirkan tenaga mahir bertaraf antarabangsa.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kedudukan itu juga memperkukuh peranan institusi berkenaan sebagai pusat latihan wilayah yang melahirkan pelajar dan tenaga mahir.

“Malah CENTEXS Lawas hari ini menjadi pembuka jalan kepada pembangunan sumber manusia di kawasan utara Sarawak,” katanya ketika merasmikan CENTEXS Lawas di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan perasmian CENTEXS Lawas selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030) yang menekankan pembangunan bakat dan kelestarian alam sekitar.

Mengambil contoh negara Jerman, katanya negara tersebut maju kerana memberi tumpuan kepada pendidikan teknikal rakyatnya.

“Salah satu wilayahnya yang paling berjaya ialah Bavaria yang menjadi pemacu utama ekonomi Jerman.

“Begitu juga Sarawak. Sebagai sebahagian daripada Malaysia kita perlu mempunyai dasar yang betul supaya negeri ini dapat berperanan seperti Bavaria kepada Jerman.

“Justeru hala tuju Sarawak harus betul iaitu untuk melahirkan pembangunan bakat dan menekankan kelestarian alam sekitar. Kedua-dua agenda ini mesti seiring kerana penjagaan alam sekitar memerlukan ilmu,” ujarnya.

Abang Johari turut menyentuh mengenai saintis dari Sarawak yang berjaya menghasilkan reka bentuk cip berasaskan kecerdasan buatan (AI) pertama di dunia hasil kerjasama dengan universiti di Cardiff, United Kingdom serta syarikat antarabangsa terkemuka seperti General Electric (GE) dan Siemens.

Katanya cip itu direka untuk menawarkan penyelesaian AI kepada pelbagai masalah seharian dan kini dalam proses mendapatkan hak harta intelek (IP) di peringkat antarabangsa.

“Saintis kita telah berjaya mewujudkan cip AI-powered solution yang pertama di dunia dinamakan ‘KETEQ.AI’.

“Mudah-mudahan hujung tahun ini cip tersebut akan menerima pengiktirafan IP antarabangsa.

“Ini bermakna kita akan mengeluarkan reka bentuk cip baharu yang berasal dari Sarawak,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU