ARTIKEL

Busiai menerima Anugerah Kepimpinan Inovasi Dunia 2026.

CEO SAINS Terima Anugerah Kepimpinan Inovasi Dunia 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS), Busiai Seman, menerima Anugerah Kepimpinan Inovasi Dunia 2026 sebagai pengiktirafan kepimpinan cemerlang, pencapaian perniagaan serta sumbangannya kepada inovasi dan pembangunan masyarakat.

Anugerah itu disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam pada Majlis Makan Malam Sulung Dewan Perniagaan Dunia (World Business Chamber), malam tadi.

Dalam kenyataannya, SAINS berkata Busiai menerima pengiktirafan berkenaan atas kepimpinannya dalam menyokong agenda transformasi digital Sarawak menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif teknologi strategik.

Menurut kenyataan itu, di bawah kepimpinan beliau, SAINS terus memperkukuh perkhidmatan kerajaan digital, keselamatan siber, infrastruktur awan, kecerdasan buatan (AI) serta keupayaan digital berdaulat yang menjadi antara pemacu utama aspirasi Sarawak untuk muncul sebagai ekonomi digital terkemuka.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU