ARTIKEL

Gambar hisan | Freepik.com

Ceroboh rumah dalam keadaan mabuk, lelaki didenda RM900

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM900 atau penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret kerana menceroboh rumah seorang warga emas dalam keadaan mabuk pada Ahad lalu.

Elexton Tony Peter, 26, mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja menceroboh rumah seorang lelaki berusia 60 tahun di Bandar Baru Samariang, Jalan Sultan Tengah, sekitar jam 2.30 pagi, 28 Januari lalu.

Berdasarkan fakta kes, isteri pengadu memberitahu bahawa seseorang mengetuk pintu utama rumah mereka dengan kuat.

Walaupun, pintu dikunci dengan erat, dipercayai tertuduh berjaya masuk ke rumah mangsa dengan menolak pintu secara paksa hingga tombolnya pecah.

Pengadu seterusnya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada hari yang sama sekitar jam 2.45 pagi. Tiada barang yang hilang di rumah terbabit.

Hasil siasatan membawa kepada penangkapan tertuduh yang dalam keadaan basah kuyup berbau longkang dan alkohol masih berada di dalam rumah mangsa.

Difahamkan bahawa tertuduh yang mabik tidak bertindak agresif, malah duduk dalam keadaan bersimpuh meminta mangsa menghubungi pihak polis serta tidak ingat kejadian yang berlaku.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU