ARTIKEL

BERPENGALAMAN...Jackson Chambai.

Chambai kembali ke gelanggang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Petinju sensasi Sarawak, Jackson Chambai Ikeh kembali memeriahkan dunia tinju tempatan.

Anak jati kelahiran Saratok, Betong itu akan turut menyertai dua acara berprestij iaitu Kejohanan Tinju Terbuka Antarabangsa Sarawak 2026 yang dijadual berlangsung di Miri bermula dari 23 hingga 28 Jun ini.

Chambai juga akan bersaing dalam enam pusingan Twins Championship Profesional 2026 yang akan berlangsung di Nilai, Negeri Sembilan bermula pada 18 Julai depan.

Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Datuk Dr Rahman Lariwoo menyifatkan, ia perkembangan positif buat jaguh tinju yang semakin digeruni penampilannya ketika ini.

“Saya percaya ia bakal mencetus suasana berbeza selain meningkatkan semangat petinju yang lain,” ujar Rahman kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Rahman, Jackson Chambai merupakan petinju kelahiran Sarawak yang berpotensi untuk pergi lebih jauh dalam sukan tempur jarak dekat terbabit.

Kredibiliti yang ada padanya, mampu meletakkan nama Sarawak di pentas dunia kelak.

Untuk rekod, Jackson Chambai berjaya meraih pingat emas pada Kejohanan Tinju Piala Malaysia (2016-2018), memenangi pingat emas Kejohanan Tinju Golden Glove (2016-2018), menang pingat emas temasya Sukan Malaysia (2022).

Beliau mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Tinju Dunia ASBC (2022) dan turut berjaya ke suku akhir Sukan SEA 2023.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU