ARTIKEL

CIDB melaksanakan OPB di salah sebuah tapak pembinaan di Petra Jaya.

CIDB Keluarkan 12 Notis Dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu di Petra Jaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengeluarkan 12 notis termasuk lima notis kesalahan atau kompaun terhadap pihak kontraktor di sebuah tapak pembinaan di Petra Jaya menerusi Operasi Penguatkuasaan Bersepadu (OPB), semalam.

Kompaun dikenakan susulan pihak kontraktor tidak memenuhi Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) serta undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh agensi-agensi berkaitan.

Pengarah CIDB Sarawak Ts. Br. Rosmen Ag Hassan berkata, CIDB membuat lima skop pemeriksaan di tapak binaan bagi memantau pematuhan peraturan serta akta dalam kalangan kontraktor.

“Sepanjang operasi dijalankan, pemeriksaan tertumpu kepada aspek pendaftaran kontraktor, pengisytiharan projek, pendaftaran personel binaan, akreditasi personel binaan mahir serta pematuhan keperluan Perakuan Pematuhan Standard (PPS) bagi bahan binaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati pihak kontraktor memang ada melakukan beberapa kesalahan melibatkan skop-skop yang dinyatakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melaksanakan OPB di salah sebuah tapak pembinaan di Petra Jaya di sini, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, CIDB Sarawak dalam satu kenyataan mendedahkan bahawa kesalahan utama yang dikenal pasti menerusi pelaksanaan OPB berkenaan ialah pelanggaran kewajipan kontraktor melalui penggunaan perancah jenis A-Frame bagi kerja-kerja struktur sokongan sementara.

Seterusnya, kegagalan mengisytiharkan projek oleh subkontraktor yang dilantik, penggajian personel binaan tanpa pendaftaran yang sah serta kegagalan mendapatkan akreditasi bagi personel binaan mahir.

“Kegagalan mematuhinya boleh memberi implikasi ke atas keselamatan pekerja, kualiti projek serta reputasi industri secara keseluruhan,” katanya.

Sehubungan itu, CIDB komited memastikan industri pembinaan di Sarawak beroperasi secara sah, selamat, berkualiti dan berintegriti melalui pelaksanaan operasi pematuhan dan penguatkuasaan secara berterusan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,