Covid-19: 308 kes baharu, jumlah kes menghampiri 15,000

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu terdapat 308 kes positif baharu dikesan di Sarawak yang sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 14,963 kes.

“Daerah yang melaporkan kes positif ini adalah Serian (66), Bintulu (60), Sibu (58), Meradong (46), Miri (40), Kuching (11), Samarahan (8), Beluru (5), Betong (4), Kapit (3), Bukit Mabong (2), Julau (2), Sri Aman (2) dan Sebauh (1),” ujarnya.

Menurut Uggah lagi, daripada 308 kes baharu yang dilaporkan, seramai 43 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 243 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin yang telah disediakan.

“Mereka ini terdiri daripada 242 orang yang merupakan individu yang telah dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif Covid-19 dan seorang lagi individu yang baru pulang dari kawasan berisiko tinggi iaitu kes Import B,” tambah beliau.

Suara Sarawak