ARTIKEL

COVID-19 belum tamat, jangan leka dengan kelonggaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Biarpun banyak kelonggaran diumumkan kerajaan namun tidak bermakna negara kini bebas COVID-19.

Sebaliknya, orang ramai masih mempunyai tanggungjawab memerangi pandemik itu dengan mempertingkatkan kawalan kendiri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Selepas panggung wayang boleh beroperasi, terbaharu kerajaan mengumumkan kebenaran operasi pusat hiburan keluarga termasuk arked permainan dan pusat karaoke bermula Rabu.

Sebelum ini, mereka yang minat menyanyi hanya menggunakan aplikasi ‘Smule’ atau set karaoke di rumah sepanjang PKP, maka kelonggaran yang diberikan itu pastinya amat ditunggu.

Bukan sahaja dapat menyanyi dan menonton wayang, kerajaan turut membenarkan operasi arked permainan, taman funfair indoor, hiburan pendidikan, gim permainan kanak-kanak dan hiburan permainan berasaskan peralatan mesin.

Selain itu, liga bola sepak tempatan juga akan kembali beraksi walaupun tanpa penonton, orang ramai masih boleh menyaksikan menerusi televisyen.

Justeru, orang ramai perlu lebih prihatin ketika berada di tempat awam dan seandainya ada ahli keluarga mempunyai simptom seperti batuk dan selesema, seharusnya kekal berada di rumah bagi mengelakkan jangkitan terutama kepada kanak-kanak.

Namun, orang ramai perlu beringat, kepatuhan terhadap SOP serta kawalan kendiri amat dituntut kerana misi untuk memutuskan rantaian pandemik COVID-19 di negara ini belum selesai.

Meskipun penularan COVID-19 di negara ini masih rendah, namun semalam negara kembali mencatat kes penularan tempatan selepas dua hari sifar iaitu lima kes membabitkan tiga kes dalam kalangan warganegara manakala dua kes bukan warganegara.

Jumlah kes baharu juga kembali kepada dua angka iaitu 13 kes.  — Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,