ARTIKEL

Covid-19: Daro kembali Hijau, Matu kembali kuning

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Daerah Daro telah kembali ke status hijau daripada status kuning setelah tiada kes tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, ini menjadikan daerah Daro adalah daerah yang ke-12 sebagai daerah yang diisytiharkan sebagai zon hijau.

“Sebanysk 11 daerah lain yang kekal berstatus hijau adalah Simunjan, Lubok Antu, Telang Usan, Asajaya, Limbang, Tanjung Manis, Tebedu, Mukah, Pusa, Kabong dan Marudi,”katanya menerusi kenyataan harian perkembangan Covid-19 di Sarawak, hari ini.

Daerah Matu pula katanya, telah kembali ke status kuning daripada jingga setelah hanya merekodkan sebanyak 18 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lalu.

Dalam perkembangan yang sama, daerah Julau, Subis, Lundu, Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu kekal berstatus merah dengan sejumlah 1,864 kes jangkitan tempatan dilaporkan di sebelas daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Sementara itu, dua daerah lain yang berstatus jingga adalah daerah Sri Aman dan Bau dengan 60 kes jangkitan tempatan dilaporkan di dua buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Selangau, Kuching, Samarahan, Betong, Saratok, Sarikei, Sebauh, Lawas, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, dan Meradong kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 119 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya