MANILA: Penyakit Covid-19 ternyata tidak membantutkan tabiat merokok dan minum alkohol dalam kebanyakan warga Filipina.
Memetik laporan Manila Bulletin, pegawai dari Biro Hasil Dalam Negeri (BIR) membuat pemerhatian ini berdasarkan kutipan cukai eksais daripada kedua-dua “produk dosa” itu terus yang meningkat Dalam laporan kepada Jabatan Kewangan, BIR mengatakan pihaknya mencatat kutipan 61.4 bilion peso (RM5.28 bilion) cukai eksais daripada produk tembakau untuk tempoh pertengahan pertama tahun ini.
Jumlah itu kira-kira 17.8 bilion peso (RM1.5 bilion) lebih tinggi daripada sasaran 43.6 bilion peso.
Untuk tempoh yang sama, kutipan produk alkohol mencapai 27.4 bilion peso yang lebih tinggi 6.5 bilion peso daripada sasaran 20.9 bilion peso Untuk Jun sahaja, 18 bilion peso diperoleh daripada pengedaran produk rokok, 4.8 bilion peso lebih tinggi berbanding pengambilan sebenar 13.3 bilion peso untuk tempoh yang sama tahun lalu.
Pegawai hasil percaya ramai penerima program bantuan tunai kerajaan mungkin menggunakan sejumlah besar wang untuk membeli produk ini.


