ARTIKEL

Covid-19: Kampung Bintawa PKPD mulai esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kampung Bintawa dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata PKPD di kampung terbabit akan bermula pada 16 Mac ini (12.01 pagi) hingga 29 Mac 2021 (11.59 malam).

Jelas JPBNS, keputusan PKPD dilaksanakan memandangkan kes positif di kampung terbabit kian meningkat.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 11 Daerah iaitu Song, Serian, Subis, Julau, Betong, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus merah. Sejumlah 2,571 kes jangkitan tempatan dilaporkan di 11 buah daerah itu dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Daerah Bau, Mukah dan Sarikei juga kekal berstatus Jingga dengan jumlah keseluruhan 93 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Manakala, Daerah Dalat, Limbang, Selangau, Telang Usan, Tanjung Manis, Sri Aman, Kanowit, Samarahan, Belaga, Lundu, Bukit Mabong, Tatau, Marudi, Pusa, Asajaya, Beluru, Saratok dan Sebauh kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 129 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” katanya satu dalam kenyataan.

Tanbahnya, lapan Daerah lain iaitu, Pakan, Matu, Lawas, Daro, Simunjan, Lubok Antu, Tebedu dan Kabong kekal berstatus hijau.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,