ARTIKEL

Covid-19: Lima daripada 3,480 kes positif di Sarawak adalah kategori 5

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak kekal merekodkan kes tertinggi Covid-19 tertinggi di Malaysia apabila sebanyak 3,480 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 174,152 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, 99.77 peratus atau 3,472 kes adalah kategori 1 dan 2, manakala satu kes berada dalam kategori 3, dua kes (kategori 4) dan lima kes (kategori 5).

“Antara daerah yang melaporkan tiga angka kadar jangkitan adalah Kuching dengan 996 kes, Serian (422), Sibu (272), Bintulu (231), Samarahan (172), Bau (147), Miri (138) dan Sri Aman (132).

“Dalam pada itu, tiga kes kematian melibatkan warga emas masing-masing berusia 77, 80 dan 83 tahun dicatatkan di Kuching, Sarikei dan Mukah,” kata JPBN dalam kenyataan, hari ini.

Sementara Kluster Sungai Pana di Beluru merupakan kluster baharu hari ini, ia melibatkan komuniti di sebuah rumah panjang dengan 34 orang dikesan positif setakat ini.

“Selain itu, 12 rumah panjang di Tatau, Sri Aman, Meradong, Telang Usan, Saratok, Betong dan Sarikei dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) untuk tempoh 16 September hingga 1 Oktober.

“Tujuh pula lokaliti di Beluru, Pusa, Betong dan Serian dilanjutkan PKPD. Manakala 21 rumah panjang dan perkampungan tamat PKPD semalam, hari ini dan 19 September,” tambah JPBN.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat