KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan sejumlah 255 kes harian Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 249,091 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 85 kes adalah kategori 1, 163 kes kategori 2, manakala tujuh lagi adalah tergolong dalam kategori 3, 4 dan 5.
“Daerah Kuching mencatatkan kes tertinggi iaitu 76 kes diikuti Miri (47); Bintulu (21); Sibu (19); Serian (16); Lawas (9); Samarahan (8); Bau dan Subis (6).
“Manakala Lundu, Pusa dan Matu sebanyak empat kes, Sarikei, Saratok, Dalat (3); Mukah, Limbang, Betong, Meradong dan Tebedu (2); dan masing-masing satu kes di Sri Aman, Kapit, Song, Asajaya, Belaga, Kabong, Kanowit, Selangau, Telang Usan, Beluru dan Sebauh,” kata JPBN menerusi kenyataan harian Covid-19, hari ini.
Mengulas lanjut, JPBN berkata sebanyak empat kes kematian dilaporkan dari tempoh 13 hingga 19 November lepas.
Dalam perkembangan yang sama, tiada kluster baharu diisytiharkan hari ini.



