ARTIKEL

Covid-19: Tiga kluster tamat, satu daerah kembali hijau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiga kluster diisytiharkan tamat di Sarawak hari ini selepas tidak mencatatkan pertambahan kes positif Covid-19 dalam tempoh 28 hari, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Menurut JPBNS, kluster berkenaan adalah Kluster Nanga Lijan, Julau; Kluster Univista, Samarahan dan Kluster Kidurong Dua, Bintulu.

“Sementara itu, sejumlah 31 kluster masih aktif di negeri dengan sembilan kluster melaporkan pertambahan kes, manakala 22 kluster lagi tiada kes baharu,” kata JPBNS dalam kenyataan hari ini.

Mengenai status daerah, JPBNS menyatakan Daerah Asajaya kembali ke status hijau hari ini selepas tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 14 hari.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus hijau meningkat kepada 11.

“Manakala Subis bertukar daripada merah kepada jingga setelah merekodkan sebanyak 29 kes jangkitan tempatan,” jelas JPBNS.

Tambah JPBNS, 12 daerah lagi kekal berstatus merah dan 15 daerah kekal berstatus kuning.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road