ARTIKEL

Tertuduh dibawa keluar dari bilik Mahkamah Sesyen oleh anggota polis.

Cuba bunuh tiga lelaki dengan senapang patah, lelaki dipenjara 15 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini, selepas didapati bersalah cuba membunuh tiga lelaki dengan melepaskan tembakan menggunakan senapang patah di belakang sebuah pasar raya terkemuka di Siburan, dua tahun lalu.

Ketiga-tiga mangsa, ketika itu berusia 24 hingga 25 tahun, mengalami kecederaan luka akibat kejadian tersebut.

Hakim Noorhisham Mohd Jaafar menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir pembelaan kes.

Susulan itu, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melepaskan tembakan yang boleh menyebabkan kematian ketiga-tiga mangsa di belakang pasar raya berkenaan di Jalan Kuching-Serian, sekitar 12.30 tengah malam, 8 Julai 2024.

Dia dituduh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Fakta kes mendedahkan tertuduh dikatakan melepaskan tembakan senapang patah berisi peluru tabur dari atas bonet sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi, lalu mengenai tiga mangsa yang berada di dalam sebuah Toyota Hilux.

Difahamkan, kejadian itu didalangi pihak ketiga yang mengarahkan tertuduh untuk menembak ketiga-tiga mangsa.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Adriana Maisarah Mohd Farid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira